Day 2: Pagi kiteorang breakfast sendiri, memandangkan bawah
apartment tu ada alfamart (adik beradik 7eleven kot) so kiteorang beli indo
mie, telur and sardine. Ok korang perlu tahu kot?
Then,dalam pukul 8:00 a.m
kiteorang gerak ke Maribaya & Farm House. MasyaAllah jalan nak ke sana
sakit segala pinggul kauuu. Yang aku salutenya, cara driver kiteorang which is
Pak Dadang. Power betul dia bawakkan. Farm House ni atas bukit, so memang
berbaloi la sampai sana. Perkampungan Hobbit pun ada!
Caliph Buskers ke Indonesia? Leulz.
Masuk sini 20k rupiah. Siapa yang suka nature memang patut masuk sini. Siap dapat voucher susu percuma lagi. Psst: aku tak minum susu, so aku bagi Maryam.
so pretty!
btw yang susu free ni ada 3 flavours:
Original (tasteless)
Chocolate
Strawberry
Bakso Goreng!
Bakso Campur, sedap weh.
when nak ambil #ootd but ramai pula orang lalu zzz
The Hobbit.
Lama juga lah kiteorang duduk sana. Perut masing-masing dah
berdangdut, kiteorang pergi makan di D’Seuhah Da Lada. Makanan dia aku bagi
7.5/10 and bagi dia punya environment 9/10! Kiteorang dapat duduk atas pondok.
Eh macam mana nak explain? Leulz ok abaikan. Tempat ok lah, surau pun ada, so
senang kiteorang solat jama’ dekat sini and teruskan perjalanan.
Next station, Villa Graha Puspa. Tempat ni takda dalam list
pun, tapi Pak Dadang bawa kiteorang so follow jelah. Tempat ni jual kain. Haa,
sesiapa yang suka menjahit tu maybe suka lah kot but akak aku kata a bit
expensive la. Then kami ke Kowani Parfum Fragrance. OK. OK. OK. Totally insane
masuk sini! Segala jenis perfume ada sini. Body Shop? Aigner? Victoria Secret?
Ah, segala jenis mak nenek jenama ada kat sini. Sebut je! Semua ada. Harga pun
memang affordable.
Misi shopping bagi kaun adam bermula! We went to The Oasis
Clothing Outlet & Toko Tiga. Oasis Outlet tu tak banyak barang mana pun.
But, if Toko Tiga kaum adam mungkin tak dapat kawal duit mereka! Toko Tiga ni
kedai menjual seluar jeans yang original. Mengikut apa yang aku dengar daripada
sorang pakcik ni, dia kata harga memang jauh beza. Beza dia banyak kot.
So, memang berbaloi sangat kalau beli jeans dekat sini. Aku memang tak beli
lah, jeans pun tak pakai. Lulz. Tapi aku terbeli baju Bandung.. ok bukan
terbeli but memang nak beli. Kualiti dia ok. Tak macam baju I Love Bandung kat
luar sana tu.
Sampai ke malam kau shopping nya! Dinner pula ke Kedai
Kandang. Jangan risau gais, tak bau kandang pun dekat situ. Aku try Ayam Bakar.
Pekena pula dengan sambal penyet dia, memang meletop weh. Sedap. Aku bagi 8/10
lah, for environment 8.5/10. Bagi lebih sebab malam time kiteorang makan tu ada
band nyanyikan lagu. Aduh aduh sayang #misimencarijdoh bermula! Wkwkwk!
Lepas makan, kiteorang decided nak café hunting. We went to Warunk Upnormal. Walao. Pack of hipsters! Boleh nampak hijabista, mas mas ganteng gethew! PLUS! Their barista masyaAllah. *emoji mata love tu* HAHAHA. Ok done jumpa jodoh! Makanan sini ok lah, aku bagi 9/10 and environment 10/10. Serious memang gorgeous café dia! Siap dieorang sediakan mainan macam saidina, monopoly, uno and a lot more. No wonder ramai anak-anak muda lepak dekat sini malam-malam.
Pisang Cheese.
YOU. MUST. TRY. SERIOUSLY.
Green Tea Toast. Ok ok je rasanya.
ni Indomie pedas tahap dewa!
Dari jauh dah menyengat baunya.
Balik ke apartment!