Wednesday, November 22, 2017 @ 10:55 PM  0 stares
Ola!

Harini aku nak buat acah acah review pasal hotel yang aku stay satu malam di Ipoh. Ya benar, M Boutique Hotel. At first, aku search dengan agoda je tengok harga bilik around RM150 per night. rasanya... lah. Then aku ni tak pandai mana booking online kahkah last-last pergi walk in je. Gais, first impression aku macam WOW SUMPAHLAH WUJUD HOTEL HIPSTER MACAM NI?! Style teruk gais. Excited gila babs. After that, papa pergi book bila ditanya berapa per room katanya RM300 ....... huhu. Aku pun terus bisik kat papa kata mahal lah pa kita pergi tempat lainlah. Tapi, memandangkan ayah aku tak larat dah so dia pun tempah jelah satu bilik. Staff dia pun hips gais hahaha! Takdalah, depa friendly lah.


Start daripada pintu masuk sampailah ke lobby. 
Terpegun gila tengok barang-barang antik depa.
Lampu-lampu pun lain daripada yang lain.


Siap bagi gula-gula for free!


Dalam lobby ni ada western restaurant and cafe.


Kedai jual barang-barang hips pun ada!






Setiap bilik dia akan bagitahu bilik tu deluxe ka single ka semua lah.


Here we gooooo, our hips bedroom! Hahaha!
Dalam ni siap dapat free snacks and air 2L ye uolls!




Eventho gambar blur, aku nak share juga.
Depa ada sediakan baju ni gak.


Bathroom.




A to Z I'm in love with this bathroom!


Ohya, bukan setakat tu aje. M Boutique Hotel ni sediakan juga Gym, Washing Machine, Library & etc. Senang cita banyak kemudahanlah kat sini. Sesuai untuk family, kawan-kawan or yang nak trip sorang pun sesuai sangat!




&&& untuk breakfast, depa bagi pilihan sama ada nak breakfast ala western or Old Town Kopitiam. 
Of couuuurse Old Town!


Menu for breakfast.
Aku ordered Dry BBQ Noodles tapi takda gambar huhu.







Lawa nawww Old Town Grand ni. 
Depa lain daripada Old Town biasa, sebab asalnya from Ipoh kan.


Chicken Chop Hainan ni YOU MUST TRY!
Aku order untuk dinner act tapi saje nak masuk sekali kahkah.




Dahlah, gambar makan ni aku mix sebab dinner and breakfast dekat sini.
Hihi, maceh baca sampai habis. Lavh ya!


Tuesday, November 21, 2017 @ 9:14 PM  0 stares
IPOOOOOOH BANDAR HIPSTUUUUR!

HELLO, HELLO, HELLO!

Excuseee mee, excited teruk dah sampai Ipoh! Ini kali kedua aku jejak kaki di Ipoh. Ipoh ni memang unplanned trip lah senang cerita. Aku saje je bagi idea ke sini taktahu jadi realiti hehew. So, sampai Ipoh terus pekena Nasi Ganja Yong Suan ((berhadapan dengan balai polis)). Aduhai, rasa dia tiptop plus aku rasa nak berterima kasih siapa yang wujudkan nasi sesedap tu.


Queue ni panjang sebab depa nak tapao.
Kalau korang nak makan situ, cari je tempat duduk then panggil pekerja depa.


PLUS! Sini hanya untuk makan sahaja! 
Kalau korang nak lepak lama-lama tak dapatlah sebab orang kat luar ramai menunggu nak tempat.


Tadaaaa! Nampak je macam tu tapi rasanya nikmat tak terkata gais!
Rasa sambal dia takyah cerita lah, pekena pula dengan kari kepala ikan aduh aduh sayang.
*lap air mata*

Dah kenyang, kiteorang gerak ke hotel. 
Hotel tu aku akan cerita pada entri esoknya ok.

.
.
.

PLAN B, IPOH!


Menu bagi tahun 2017.

First time masuk Ya Allah cantiknyaaa.
Aku suka gila design Plan B ni! Besar plus ada beberapa sudut.


Bar Station + kalau nak tengok bola memang sesuai sebab nampak tak dekat belakang
tu wujudnya screen besaaaar? :)


Ini pula ala-ala Outdoor Station.
Menarik bagi yang suka Nature getheww!




Indoor Station, nak aircond kat sini lah. 
Nak tenang pun dekat sini sambil dengar ada band akan menyanyikan lagu huhu.


Entrance.


Nak habaq maaaaai lah korang semua try Salted Egg Yolk Fries
 depa bapak paduuuuuuu oi! Serious, makan fries saja pun dah sedap sampai nak nangis!





Sedih jugaklah ais kepal tutup.


Hujus sana tu ada Kontena Hotel.



Hujan pun redah jugaklah ambilkan gambar.

Monday, November 20, 2017 @ 8:23 PM  0 stares
Yoooooo. Penang yo! It's been a while. Last pergi dulu with my siblings I guess.

Niat ke Utara ni memang ke Penang, pergi convo akak ipar aku. Hahaha, jangan ditanya kenapa aku terlibat sekali. Leulz. Ye, ye Penang syurga makanan gais. Banyak tempat nak pergi but aku ada sehari je untuk jalan-jalan ternak lemak.


This time pergi aku naik jambatan Penang yang kedua tu, lagi panjang.
Kiri kanan laut je, pening gak ah. Pastu aku ni mudah berfikir.. kalau tsunami ni memang takleh nak lari dah hahaha.





Photoshoot before Convo katanya.
((insecure teruk tengok akak ipar sendiri))





Bukan selalu nampak mama beratur ni hahaha!


Haa, ni tempat wajib pergi kalau ke Penang.
Korang waze aje.


Pesembooooooq Poooower!


Sotong mendatah ni pun sedap!

.
.
.

Okay. Hari seterusnya ke USM then ciao ke Ipoh!