Wednesday, October 4, 2017 @ 12:31 AM  0 stares
wsupp everyone!

Terengganu, tempat lahirnya sistur. Ok, actually aku dilahirkan di Kemaman, Terengganu. Ramai kawan akiu tak percaya leulz yelah takkan aku nak letak penyu atas kepala baru nak percaya? Eh? Ok annoying af hahaha! Road to Ganu ni last minute plan, as always.. last minute plan always the best. Gethewww. So, kiteorang pergi balik hari je memandangkan perjalanan Kuantan - Terengganu around 2 jam gitu. Tayar sepatutnya gerak pukul 7 pagi but macam biasalah, melayu punya pukul 7 macam mana hahaha. Awal gila ok aku bangun dalam pukul 6 gitu sebab haa tolonglah nampak aku ni semangat lol. Yelah takleh nak awal lah, anak-anak saudara aku bukan bangun awal pun. Kiteorang gerak dalam pukul 8 pagi macam tu then sampai dalam pukul 10 pagi.


Hari sebelumnya aku ada buat list nak makan dekat mana, kiteorang gerak hari Isnin. Dah sampai Terengganu tu memang tak sah lah kalau tak pekena Nasi Dagang Ganu! Tapi.. sumpah hampa gais. Kiteorang punya plan musnah disebabkan Nasi Dagang Kak Jah, Bukit Besar dah habis sobss! Next time nak pergi tu maybe kena sampai dalam pukul 8 kot sebab dengar cerita nasi dagang dia memang power. Dah frust tu kiteorg pun cari jelah kedai lain asalkan ada nasi dagang. Then, terjumpalah sebuah warung ni. Power juga ooi! Kalau nasi dagang ni dah rasa power, taktahu lah rasa nasi dagang Kak Jah tu sepower power rangers ke dok. Omg hambarnya aku huhu.


Next station, Pantai Batu Buruk. Aku cari juga batu buruk tapi tak jumpa pula huhu. Then, ada banyak playground, Maryam (my niece) memang dah rambang mata sebab taktahu nak main yang mana satu lol. Padahal sama je gelongsor but colour je lain ha. Kiteorang pula macam biasa ah, makan jelah. Dekat tepi-tepi jalan tu memang bersepah orang jual makanan yang bakar-bakar tu, so kiteorag beli our favourite sosej pulut & sosej cheese yayyy! Pekena pula dengan air kelapa memang syok habis lah en, dok pula sebelah pantai. Tapi satu jelah.. memey panah ceng-ceng!






Dah habis cerita pasal pantai, next plan is.. Pasar Payang. But before that, jalan punya jalan terjumpa banyak mural gais. Dah macam dekat Penang pula rasanya. Soooo, my brother sangat memahami adik dia yang suka bergambar. End up dia berhentikan kereta semata-mata suruh aku pergi ambil gambar ahaha! Thanks broo! *saranghae* Nah, sistuur share gambar kit!







Pasar Payang. Dekat sini takda apa sangat pun, teringat pula dekat Pasar Tumpat selalu kiteorang pergi setiap kali kelik klate. Ok satu lagi dia ibarat Pengkalan Kubor, Kelantan. There's a lot of things yang makcik makcik suka kot? Idk how to explain but aduh biasalah pasar kan? Yang aku ingat ada jual pinggan mangkuk, mainan, kerepok keping, varieties of fooooood. Ohyaa, aku ada jumpa urat keting but.. depa panggil Rojak Kateh. Sounds so weird lol. Oklah rasa ok ok je just nak try.

Korang yang kalau nak try rasa dia boleh datang Pasar Payang ni. Dia jual area kuih-muih. Haa, cerita pasal kuih memang wow double wow. Aku tahan nafsu untuk membelinya ok, banyak sangat kuih pelik-pelik. Yelah noob tau dah k. Bahagian atas pasar ni, ada jual pakaian and ada juga jual makanan berat. Adala aku beli baju kelawar sehelai yang berharga RM10. Weh nak nangis sebab murah plus baju kelawar fav setiap perempuan kot? Hahaha. Then, kiteorang try tapao makanan yang Zizan Razak makan. Ye, terpengaruh tengok Taste Selebriti lol. Biasa je Nasi Air dia, boleh la dimakan hahaha.







Then, jalan-jalan lagi. Terjumpa pula Pesta Thai dekat Unisza. Aduhai sabar sabar. Tak berhenti pun sebab next station is Warong Pok Nong. BAD NEWS, KEDAI TUTUP! FRUSTRATED AF. Dah terbayang weh ikan celup tepung, sotong celup tepung.. air kelapa. *nangis dalam hati* Pilihan lain, Warong Adik beradik, hm pun TUTUPPP. Dugaan apakah ini Ya Tuhan. Musnah impian nak makan celup tepung sebelah pantai. At last, pergi bantai Pesta Thai je huhuk. Dapatlah makan siong-kham, churros thai, green tea thai & eskrim kelapa. Walaupun masatu dok terbayang lagi celup tepung tu ha.





Hari makin gelap, kiteorang tetiba rasa nak dinner. Tadi makan light light je gais hahaha.
Kiteorang gerak ke Dapo Pata. Hm, high expentation gakla. Tengok-tengok macam makanan hipster je. Last last pergi ambil gambar je. Again, gambar dekat pantai :'))










Hari dah gelap, kiteorang gerak balik Kuantan terus, berhenti solat jap then gerak terus. Sampai Kuantan around 11 malam juga. So.. begitulah trip cerita kiteorang yang memang niatnya nak jalan-jalan ternak lemak. Moralnya, janganlah pergi berjalan hari Isnin sebab kedai banyak tutup uhuhu.



K ciao cincao gais!