Bismillah.
121017: Dear Mekmeen, thank you sebab wujud dalam dunia ni. Fyi, Meen ni sorang je kawan Melayu aku time aku belajar kat Subang Jaya gais. Ye, Yazmeen sorang ok. Meen masuk lambat sikit, dia batch selepas aku, walaupun aku muda setahun ah kesah pe aku, nak gak cakap aku ni senior. Kahkah. Woi hormat kit aku darjah 6 ko darjah 5. Leulz. Dasar hambar Jah. Huhu.
Macam biasa lah kan, first kenal mesti lah tegur gitu-gitu je. Tapi seriouslah time aku tegur dia Alhamdulillah tak rasa kekok plus Meen ni pandai cari topic untuk borak. First time aku keluar dengan Meen time Ramadhan. Meen ajak aku keluar Sunway Pyramid. Haa, aku pun memang on lah. Dahlah takda membe kot hahaha! So, aku pun stay lah rumah Meen ni, kebetulan rumah dia memang takda orang. Time keluar tu ada sikit lah rasa kekok ahahah plus time selfie behave je masing-masing hahah sumpah takleh bla betul!
Then kali kedua rasanya kiteorang keluar, time tu ada pertandingan memasak dekat USIM. Aku pun ajaklah mekmeen ni sebab takkan aku nak gerak sorang ke Nilai. Haa, maka bermulalah kiteorang start pandai naik LRT. Masing-masing cam jakun kot? Eh ke aku sorang je? Hahaha! Sakit naw badan segala menda, jenuh oi nak tunggu KTM lembab nak mampos. Dah sampai KTM Nilai, akak aku pick up. So, kiteorang masuklah pertandingan tu and guess what.. kiteorang tak menang pun kahkahkah. Tapi bestlah dapat pengalaman bagai. Dah habis tu, kiteorang gerak rumah aunty Meen, area Bangi kalau tak silap. Aduhai, aunty dia masak makanan Sarawak gais. Sumpah dah lama tak makan makanan proper ahaha selalu makan menda ngarut kot. Sampai sekarang masih terngiang rasa masakan Sarawak tu leulz lagi-lagi yang udang masak pe tah tu huhu.
So, kiteorang dah start sekepala. Dah jadi geng gossip, geng ternak lemak, geng segala menda ah. Ada satu hari tu, Meen ajak aku gerak KL. Join Lan Berambeh, which is orang-orang Sarawak berkumpul. Aku pun taktahu asal aku join tapi fun gak ah sebenarnya tengok culture orang ni. Dapat pulak makan free memang padu lah hahaha!
Nak cerita pasal hari besar aku, hi-tea. Menda paling nervous kot, parents datang.. senang hi-tea ni ibaratkan final project aku ah. Before that day aku stayed rumah Meen, lepas dia balik kerja sumpah cute gila dia buat balik air fav aku plus mac n cheese. Sumpah sayang gila do. Paling cte bila dia letak note wish goodluck bagai, damn sumpah rasa appriciate gila that time. Btw, Meen ni seorang barista Starbucks, sometime aku teman juga dia ni kerja sampai dia balik. Taknak do bagi dia balik sorang sumpah seramshit hahaha. Meen ku sayang, thanks gila selalu bagi ayaq free, kalau bayar pun still ada discount aduhai :'))
Banyak do Meen punya cerita, eventho kiteorang ni kenal tak sampai 2 tahun but serious rasa macam kenal sejak lahir lol over tau dah. Haa, time aku last day dekat CCA duhai rasa sedih gila oi. Rasa kesian pula tinggal Meen. Ceh padahal happy gila dah habis belajar hahaha! Ok ok betul Meen, rasa rindu wei. Setiap kali pergi Sunway wajib kot kita beli Llaollao? Hiks.
Meen ni first time aku jumpa dia pergh bapak lawa do awek ni, insecure level nak mati. Setiap kali jalan dengan dia memang rasa tenggelam ah. 6 bulan gak aku rasa insecure, at last aku redho dah dengan muka sendiri kahkah.
Ok then, Meen roger aku katanya dia nak turun KL sebab ada Lan Berambeh 2017. So, aku mintak permission dengan papa and mama. Wow, dapat green light gais. Memang gelepor ah bagitahu Meen ahahaha! So, Meen stay one week aku stay 4 hari 3 malam. Time jumpa Meen tu rasa cam babun asal ko makin lawa do *cakap dalam hati taknak Meen perasan lol* Haa, first day sampai KL kiteorang jumpa kat Mid Valley.
Hari kedua Ya Tuhan kakiku mau tercabut aduh aduh sayang. Tapi takpelah dah jumpa crush tetiba hati rasa senang ewah hahaha. Takde ah after Lan Berambeh sumpah aku rasa low battery dah. Muka aku rasa lain, rasa nak makan orang. Huhu.
Hari Ketiga, pergi One Utama bantai Kyochon then both of us macam semangat gila nampak kedai Street Churros (which is in our list untuk menternak lemak ok) Then ke Bukit Bintang. Jalan Pavilion, pergi kedai dUCk and someone hadiahkan Meen lipstick dUCk yall! Lucky gilak Meen. Heheww. Sorry tak mampu sis nak hadiahkan mendalah tu huhu. Ok lepastu, kiteorang lapar then terjumpa Dolly's Dim Sum omg ok mission menternak lemak kiteorang finally accomplished! Rasa sebak nak mampos sebab dapat makan, Ya Allah. Over en tau dah hahaha!
Last day, kiteorang gerak ke Sunway Pyramid. Tempat paling banyak kiteorang lepak kot? Nostalgia gila bila dah sampai sana haa.
Ok ok ok ok, dah taknak emotional sangat nak cerita pasal kita berpisah hahaha. Aduhai kenapalah Sarawak - Kuantan jauh sangat hm, takleh ke kita jadi jiran je?
Untuk Meen tersayang, semoga jadi anak yang solehah, solat 5 waktu cukup, semoga tabah dengan setiap dugaan yang Tuhan bagi, Meen you're such a strong girl yang pernah Izzah jumpa. Selalu nampak senyuman manis Meen, walaupun Izzah tahu dalam hati Meen banyak juga kesedihan Meen. Jaga Iman, jaga Hati, jaga hubungan dengan Allah. Minta doa dengan Allah, Allah tolong Meen ok? Izzah selalu doakan yang terbaik and semoga Meen terus sukses dalam hidup Meen. Aduh baru kata taknak emotional tetiba mengalir pulak air mata ni asal lak aduh aduh. Once again, Happy Birthday Yazmeen Atiqqa. Sayang Meen Lillahi Taala.