Thursday, October 12, 2017 @ 7:22 AM  0 stares
Hola!

Aku dah lama gila nak update bab cafe ni cuma cari masa je. Hahaha, ye aku saje bagi alasan padahal malas nak mampos. Aku list kan tempat berdasarkan yang aku try lah and akan ada juga aku google gambar ni ok. Aku akan bentangkan pendapat aku tentang cafe cafe sekitar Kuantan tercinta ni. Ewah over ko jemah.

Jeng. Jeng. Jeng.

BREW AND BUTTER CAFE.

Of course aku akan promote fav cafe aku dulu! Cafe ni terletak betul-betul depan Swiss Garden Residence, Sungai Karang. Walaupun jauh sikit dari bandar Kuantan ah kesah apa aku. Dekat sini yang famous Nutella Pie. But, aku ni bukanlah seorang penggemar coklat tapi bila rasa Nutella Pie dia memang uish padu naww. Selain tu, fav aku Ice Blended Green Tea Chocolate Chip. Sini tak banyak makanan berat but setakat korang nak lepak boleh lah. Tempat kecil but very comfortable plus pekerja dia memang friendly macam aku. Eh? Hahaha! Cafe ni ada juga jual variaties of bread, cakes, coffee and frappe. Korang boleh check Instagram or Facebook dieorang for more updates. 

Operation hour: 9:30 am - 10:30 pm. Open EVERYDAY.
Kalau close ke apa dieorang akan inform dalam ig or fb.




PULL A SHOT CAFE.

Okay, cafe ni aku tahu melalui twitter. Specialist depa ada jual churros which is fav aku kot? Ha yelah blake fav aku kahkah. So, aku and siblings acah nak lepak walaupun tau dah dok sana main phone je ha. Then aku usha lah Instagram katanya dia tutup pukul 12 am. Kiteorang apa lagi memang on lah. Then sampai sana dalam pukul 10:30 pm macam tu tengok macam barista dia nak tutup dah. Rupanya operation hour dia dah tukar, depa tutup pukul 11:00 pm oi. Kiteorang still order la, sini memang menu utama dia coffee la. Bagi yang tak minat kopi macam aku ni rasa tak best ah. Plus, cafe ni takda frappe. And.. dapur dieorang dah closed that time hm hampa betul. So, aku order Iced Chocolate dia. Hm, rasa.. pekat lekat di hatiku huhu. Bagi aku, kalau coklat ais memang aku prefer banyak susu. Hm, yelah taste aku jiwa muda kot? Cafe ni ada jual makanan berat and ada juga cakes. Nah aku share sikit gambar. Tapi, yang bestnya sini banyak tempat boleh ambil gambar. Hehew.

Lupa bagitau location dia Air Putih sederet dengan Nasi Kukus Mama Air Putih, ala korang waze jelah senang kahkah.

Operation Hour: 9:00 am - 11:00 pm. THURSDAY CLOSED.






JAVA FLAVA CAFE.

Cafe ni dekat dengan Jalan Buah haha aku pun taktahu. Hm, dekat dengan area Bukit Sekilau kot? Ah korang waze jelah. Walaupun kedai ni dekat dengan rumah aku tapi sekali je aku pernah try. Masuk sini ayoyo lawa oi design dalam dia. Cafe ni dia panjang, tak besar mana but oklah muatlah aku nak masuk huhu. Rambang mata oi tengok menu dia. Aku order matcha frappe. Then, aku ordered nachos hot and spicy with ground beef. Huhu, rasa dia.. um. Tak menepati tekak aku. Serious. Air dia sedap but yelah maybe aku salah order kot. But, aku akan datang balik cafe ni memandangkan ramai recommend try depa punya Waffle Salted Caramel. Nak usha? Nah dipersilakan!  Instagram  Facebook

Operation Hour: 10:00 am - 11:00 pm (weekdays) 10:00 am - 12:00 am (weekend)
THURSDAY CLOSED.


ni gambar kutip kat Google.



OK MACAM BIASA, AKAN DISAMBUNG KEMUDIAN HARI!