Monday, October 23, 2017 @ 7:10 AM  0 stares
Day 2.

Macam biasalah, breakfast dulu. Lepas breakfast kiteorang ambil Tuk Tuk sampai ke stesen boat. Ah, aku taktahu tempat tu nama apa huhu. Ok, taku ambil pakej ke 4 pulau sekaligus. Phra Nang Cave Railay, Chicken Island, Tup & Mor Island & Poda Island.


Start with Phra Nang Cave Railay. Tempat ni Subahanallah. Lawa sangat! Rasa macam di kayangan weh. Air dia jernih plus memang biru gila gila. Aduhai korang imagine lah sendiri. But, tempat ni aku tak turun sebab aku takut air? I meant, aku risau lemas sebenarnya :'))




Believe me, bila tengok real lagi wow air dia oi.

Next island is Chicken Island. Ok kat sana kiteorang tak berhenti, just yang bawa boat tu tunjuk je. Yelah nampak je ayam tu. Biasa je padahal hahaha. 

Third station. Tup& Mor Island. Dekat sini kita boleh turun and can take a lot of pictures yay! Lama juga masa diambil kat sini sebab banyak tempat boleh jalan-jalan. Tourist memang semua berhenti sini. 


Lek pa, jangan eksited ngat. Huhu.






Tbh, aku tak pandai berenang. Gambar ni acah-acah masuk dalam air jelah. 
Thanks to papa sebab power ambil gambar camni kahkah.




Ha, cam biasa ah. Depa ni kalau aku merantau memang kena bawa. 
Nak bawak betul-betul cam berangan so bawak tipu-tipu jelah kan? Eh?

.
.
.

Poda Island!




Gerun okay nampak mendalah ni. 


Banyak gambar but at the same time aku rasa mual sebab aku mabuk laut. Sumpah rasa pening nak mampos. Takleh bla nya bila atas boat je rasa pening, bila dah turun pergi pulau tu elok je aduh perangai betul. Korang kalau rasa macam tu better sediakan nenas kot? Katanya dapat hilangkan rasa pening. Huhu

Dah kita tutup salam pasal pulau. Seterusnya balik ke Ao Nang semula. Kawan-kawan mama semua penat sebab main air bagai, so kiteorang 3 gerak asing. Kiteorang still nak berjalan tapi papa nak cari cafe nak lepak pula. Jalan-jalan dalam 2km gais baru jumpa cafe. 


Ini lah gunanya jadi anak, ambil gambar mak ayah. 
Ceh.



Time ni mama tetiba nak pulut mangga. Yelah ma, makanlah ma.
 #esokdiet




Finally! Sampai destinasi yang dituju.
Doi Chaang Coffee.


Semua dah penat berjalan, at last naik Tuk Tuk ke hotel.
Balik, tidur! Yayy!

.
.
.

Dinner Time! Masih di Bangboo Seafood Halal. 
Paling mudah sebab papa suka dekat sini eventho masih banyak lagi halal food area sini.
Leulz.


Look. At. This. Seafood. Omg.
Sumpah semua fresh & semua besau besauu.


Baru dapat makan bertiga ehehe.


Gambar agak blur but aku nak sahre juga.
Ini namanya belankas, dibuatnya kerabu.
Rasanya? Rasa macam isi ketam but ketam lagi banyak isi, belankas ni banyak telur and rasa dia so so je. Haa, tu je aku dapat explain.



Aee, cutenya mama macam anak bongsu dia! :'))

Next, jalan-jalan cari makan lagi. Hahaha.
Korang lek, perut aku masih boleh ternak lemak.



Masjid di Ao Nang. Dah kata sini ramai muslim. Hiks.


Tengoklah siapa paling happy bila dapat makan durian.



Som Tum lagi. Mama lata dia takleh tidur kalau tak makan Som Tum tiap malam.
Lol okay ma.

Gais, mama dah penat berjalan so tinggallah aku dengan ayah aku je.
Cari cafe lah apa lagi gais! Before that, aku saje nak share night view of Krabi.



Taktahu tapi aku rasa mekdi sini comel gila.



Yayy jumpa Starbucks!




Starbucks Thai tak banyak beza pun berbanding Malaysia but memang lah ada keunikkan dia tersendiri. Ewah. Gethew.



Hibiscus Tea with Pomegranate Pearls.
Sedap teruk sampai nak nangis rasanya.



Takpe lah pa.. thanks a lot ambilkan gambar.





Yayy! Done tahniah baca sampai habis! :)

Sunday, October 22, 2017 @ 6:20 AM  0 stares
Sawadee Kha. Kap Kun Kha.

Ewah. Acah je. Padahal dua tiga perkataan je aku tahu sebenarnya. Leulz noob as always.

Gais, kalini aku short vacation bersama my parents terchenta. Haduuu. Rasa macam anak tunggal gais. Rasa macam wow bestnya wow anak tunggal. Hahaha! It's been a looooong time ago, jalan-jalan Langkawi dengan mama and papa then semua adik-beradik aku jealous. Ehem. Kalau dah dengar aku dapat pergi rabi, korang fikir-fikirkan lah hahaha!

Ok, perjalanan aku ke Krabi singkat je. 3 hari 2 malam. First day, dah habis macam tu je masanya disebabkan flight delayed. Aku ok je gais. Sampai sana dah gelap sebab hujan lebat. Ohya, perjalan dari Krabi International Airport ke Ao Nang agak jauh. Kiteorang terus ke Good Will Hotel, Ao Nang. Hotel dekat sini memang banyak, korang just pilih je ok. Hotel yang aku stayed ni memang tiptop ah, turun bawah terus jumpa kedai makan. Kiri kanan memang fun habis ah. Plus, hotel ni sesuai kalau korang bersama family. & kalau nak dengan kawan-kawan area sini banyak je hotel untuk backpackers.


Sebelah tu ada extra bed. Ye, aku tidur dengan parents aku. Huhu.

 Lepas solat, mandi semua papa lapar perut. Kiteorang pergi restoran berhadapan dengan hotel ni which is Bangboo Seafood Halal. Orang Malaysia memang ramai kat sini. Makanan sedap lah aku bagi 4/5 bintang.. kurang 1 bintang sebab portion dia tak banyak. Huhu. This time, aku kena control makan disebabkan papa belanja kawan-kawan mama. Ahaks. Nah, aku share makanan depa ni. Korang jangan lapar pulak. *telan air liur*





TomYum Seafood Putih. 
Tak pedas mana, sesuai dengan tekak aku.


Ikan ni aku taktahu ikan menda tapi dia masak dengan garam yang bertimbun. 
Ha, gethew. Rasa ok ok lah, aku kata biasa je, papa kata luar biasa.

Selesai makan, kiteorang jalan-jalan. Bandar Ao Nang ni memang hidup lah pada waktu malam. Kebetulan, mama tak bawak tshirt untuk ke pulau esok so kiteorang pun pergilah cari. Aku pun bantai tak bawa selipar, so terpaksa lah beli. Yelah, takkan nak pakai kasut kot naik bot nanti? So, jumpalah sebuah kedai ni dekat dekat je dari hotel. Harga oklah berpatutan. Jalan-jalan lagi terjumpa Pancake Krabi gais. Sumpah excited nak mampos padahal aku baru sedar sepanjang aku jalan memang belambak yang jual kahkah. So.. aku try lah Banana Nutella Pancake. Rasa macam hm roti canai? Hahaha, tapi rasa lain lah kot sebab makan dekat Thailand? Lol.





Next.. masih menternak lemak. Mama nak cari som tum pulak gais. Don't worry gais, street food dia memang bersih lah sepanjang aku pergi and memang banyak halal food. Paling penting korang jangan was-was je ok?



Hak ni pulak, Pad Thai Seafood. Weh. Sumpah Sedap.
Tapi.. banyak taugeh! :'))

Setelah masing-masing dah habis menternak lemak. Maka berakhirlah hari pertama di Krabi. Kita jumpa di entri seterusnya!

Thursday, October 12, 2017 @ 7:22 AM  0 stares
Hola!

Aku dah lama gila nak update bab cafe ni cuma cari masa je. Hahaha, ye aku saje bagi alasan padahal malas nak mampos. Aku list kan tempat berdasarkan yang aku try lah and akan ada juga aku google gambar ni ok. Aku akan bentangkan pendapat aku tentang cafe cafe sekitar Kuantan tercinta ni. Ewah over ko jemah.

Jeng. Jeng. Jeng.

BREW AND BUTTER CAFE.

Of course aku akan promote fav cafe aku dulu! Cafe ni terletak betul-betul depan Swiss Garden Residence, Sungai Karang. Walaupun jauh sikit dari bandar Kuantan ah kesah apa aku. Dekat sini yang famous Nutella Pie. But, aku ni bukanlah seorang penggemar coklat tapi bila rasa Nutella Pie dia memang uish padu naww. Selain tu, fav aku Ice Blended Green Tea Chocolate Chip. Sini tak banyak makanan berat but setakat korang nak lepak boleh lah. Tempat kecil but very comfortable plus pekerja dia memang friendly macam aku. Eh? Hahaha! Cafe ni ada juga jual variaties of bread, cakes, coffee and frappe. Korang boleh check Instagram or Facebook dieorang for more updates. 

Operation hour: 9:30 am - 10:30 pm. Open EVERYDAY.
Kalau close ke apa dieorang akan inform dalam ig or fb.




PULL A SHOT CAFE.

Okay, cafe ni aku tahu melalui twitter. Specialist depa ada jual churros which is fav aku kot? Ha yelah blake fav aku kahkah. So, aku and siblings acah nak lepak walaupun tau dah dok sana main phone je ha. Then aku usha lah Instagram katanya dia tutup pukul 12 am. Kiteorang apa lagi memang on lah. Then sampai sana dalam pukul 10:30 pm macam tu tengok macam barista dia nak tutup dah. Rupanya operation hour dia dah tukar, depa tutup pukul 11:00 pm oi. Kiteorang still order la, sini memang menu utama dia coffee la. Bagi yang tak minat kopi macam aku ni rasa tak best ah. Plus, cafe ni takda frappe. And.. dapur dieorang dah closed that time hm hampa betul. So, aku order Iced Chocolate dia. Hm, rasa.. pekat lekat di hatiku huhu. Bagi aku, kalau coklat ais memang aku prefer banyak susu. Hm, yelah taste aku jiwa muda kot? Cafe ni ada jual makanan berat and ada juga cakes. Nah aku share sikit gambar. Tapi, yang bestnya sini banyak tempat boleh ambil gambar. Hehew.

Lupa bagitau location dia Air Putih sederet dengan Nasi Kukus Mama Air Putih, ala korang waze jelah senang kahkah.

Operation Hour: 9:00 am - 11:00 pm. THURSDAY CLOSED.






JAVA FLAVA CAFE.

Cafe ni dekat dengan Jalan Buah haha aku pun taktahu. Hm, dekat dengan area Bukit Sekilau kot? Ah korang waze jelah. Walaupun kedai ni dekat dengan rumah aku tapi sekali je aku pernah try. Masuk sini ayoyo lawa oi design dalam dia. Cafe ni dia panjang, tak besar mana but oklah muatlah aku nak masuk huhu. Rambang mata oi tengok menu dia. Aku order matcha frappe. Then, aku ordered nachos hot and spicy with ground beef. Huhu, rasa dia.. um. Tak menepati tekak aku. Serious. Air dia sedap but yelah maybe aku salah order kot. But, aku akan datang balik cafe ni memandangkan ramai recommend try depa punya Waffle Salted Caramel. Nak usha? Nah dipersilakan!  Instagram  Facebook

Operation Hour: 10:00 am - 11:00 pm (weekdays) 10:00 am - 12:00 am (weekend)
THURSDAY CLOSED.


ni gambar kutip kat Google.



OK MACAM BIASA, AKAN DISAMBUNG KEMUDIAN HARI!